Surah-Surah Al-Quran
Surah Al-Fateha
1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, dan bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Surah Al-Iklas
"Dengan nama Allah maha pengaseh lagi penyayang"
1.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.